Friday, February 4, 2011

Apa yang perlu ketika bercuti dalam kampus?

"Yeah, cuti mid-sem sem ni seminggu doh!! balik rumah boleh makan masakan mak, tido atas katil sendiri puas-puas, main dengan kucing, pergi berkelah, pergi....."

Eh..ni bukan dialog aku!!

"Yeah, cuti mid-sem ni seminggu doh!! Kena start revision awal tuk exam, buka ni ada exam F.O.R & F.S.A. Test marketing pun ada lagi, nak cari bahan tuk marketing talk,eh, jap,jap..apa yang ku mengarut ni? Sila jangan percaya kata-kata manis di atas."

Sebagai perantau (merantau ke negeri orang untuk belajar) waktu cuti ni adalah waktu yang menakutkan. Takut? bukan apa, bagi perantau yang tak balik rumah macam aku ni, ni lah masanya untuk mencabar keberanian sebenar.Bayangkan kena duduk BILIK sorang-sorang.Lagi parah kalau duduk dalam BLOK sorang-sorang. Macam-macam perasaan timbul. Risau ada orang ketuk tingkap time syok layan movie la, takut ada lelaki naik blok lah, takut tetiba mati karan la, takut...Oh macam-macam di takut.. Di sebabkan ketakutan nilah kita perlu tau apa persediaan yang perlu kita hadapi, kalau bercuti sendiri dalam kampus yang tercinta ni. Cinta ka?

Holiday sepatutnya best macam ni (T_T):


Ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan sebelum & semasa menikmati percutian terindah ini.Antaranya:

1.Sila pastikan bekalan makan,minuman,ubat-ubatan & DUIT cukup ya. Ini bagi mengelakkan masalah seperti berhutang kt cafe asma sebab tak cukup duit mau bayar,ehh??? silap-silap.Ini bagi mengelakkan masalah keletihan akibat berjalan bermeter-meter untuk keluarkan duit kat center. Huh!

2.Sila pastikan anda mengunci pintu setiap kali keluar dan masuk ke bilik. Ini penting bagi mengelakkan anda menangis darah bila lappy, hp, duit & barang-barang berharga dicuri. Ada pencuri ka time cuti ni?? Tah, aku pun tak tahu..

3.Bagi mengelakkan kebosanan tahap gunung kinabalu, sila senaraikan kerja-kerja rumah yang perlu di hantar lepas cuti, jurnal yang perlu dibaca,dan..eh,betul ka aku baik macam nih? Bukan-bukan, yang betulnya: Sila pastikan lappy anda telah terisi dengan movie-movie & drama-drama bagi mengisi kesunyiaan anda. Bagi yang kaki novel, make sure sebelum cuti dah pinjam dari kawan-kawan/library novel-novel romantika untuk dilayan bagi menjamin percutian yang indah.

4.Sila pastikan kredit sentiasa mencukupi bagi menghubungi bantuan kalau berlaku kemalangan/kecelakaan. Pastikan no pak guard, mak guard, principal,fellow,abg properties?? eh IIUM properties, bukan "abg" ya, klinik dan number-number penting yang lain berada dalam simpanan. Selalulah menghubungi keluarga anda, memaklumkan akan keadaan anda ketika berada di kampus. Kalau boleh hari-hari. Aitttt.. duit kol pakwa/makwa ada, takkan duit kol family takda? ^_^

Cukuplah 4 perkara yang perlu di titikberatkan sebelum & semasa menghadapai percutian indah di kampus tercinta. Kalau tulis panjang lagi, kang jenuh buku f.s.a tu menunggu untuk di"study" hehe..Menjadi seorang perantau ni banyak mengajar aku untuk bersabar & bersedia untuk menghadapi hidup bila bersendiri kelak. Ni juga salah satu persediaan mental untuk berhijrah ke ***** kelak!! Amin : ) doakan ya!!!

Ni baru namanya percutian terindah ^_^:






Cuti menjadi indah bila bersama family tersayang. Cuti yang paling besttt adalah cuti yang di belanja atau dalam bahasa mudahnya FREE ^_^. Gambar di atas adalah percutiaan terakhir bersama keluarga tahun lalu. Credit to my beloved brother untuk percutian dalam negeri yang best. Bila mau bercuti bercuti ke luar negeri pula??

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. best nya g..hehe..mau gak..tp tgu berduit..hehe

    ReplyDelete
  3. Jangan risau ros, sekarang masing-masing kumpul duit dulu..Nanti kerja baru kita melancong sama-sama..amacam? ^_^

    ReplyDelete
  4. ala comelnya blog akak manis...
    memang manis la akak..

    ReplyDelete