"Ada yang lebih penting melainkan kerja" kata seorang sahabat ketika bersembang ringan di Resource centre KENMS.
"APA"???? Jerit hatiku sekuatnya. Aku begitu terkejut bagaimana dia bergitu selamba menyatakan ada yang lebih merisaukan selain dari mendapatkan kerja selepas tamat belajar nanti. Bukan apa, selalunya mahasiswa yang berada di tahun empat cenderung untuk memikirkan perancangan selepas habis belajar nanti. " Nak berkerja/belajar??", "nak kerja kat mana??","syarikat mana??" Tapi sahabat ini... ada yang lebih di risaukan..
"Apa yang X (bukan nama sebenar) risaukan?" Tanya ku sedikit berani.Ye lah, tak nak lah pula sahabat ku nanti ni cap aku minah menyibuk pula. Tapi di sebabkan aku mau dengar juga penjelasan dia aku pun berusaha memberi sebarang kemungkinan,lain dari yang lain dia ni.Tanya punya tanya, akhirnya dia beritahu juga.(Oh memang kaki penyibuk lah aku ni).Yang merisaukan dia adalah berkenaan soal jodoh. "Apa"??? sekali lagi aku berteriak sekuat hati.Dalam hati sajalah, kalau teriak dalam RC habis kena cap "sister yang stress belajar" haha (^_^)
Okey, berbalik pada soal jodoh tadi, emm.. Kenapa perlu aku berteriak dalam hati?? Aku berteriak sebab tak percaya. Okey sekali lagi tak percaya!!! Bukan tak percaya dia cakap macam tu, tapi tak percaya aku sekali lagi berbincang perihal jodoh ni. Ingatkan dalam bilik sahaja yang boleh bincang tentang jodoh, rupa-rupanya dalam RC pun boleh. Haha, ragam budak tahun 4. Kahwin,kahwin,kahwin.
Dialog dalam kelas.: "Macam mana ni ira, kita dah nak masuk 23. Calon pun tak da lagi ni" gurau bekas teman sebilik di MCIIUM.
Dialog dalam bilik.:"kak ira, aqma rasa nak kahwin la. Nanti bila grad,suami boleh datang tengok konvo" kata adik roomate yang manja.
Dialog bila PM dengan kawan yang baru jumpa di FB: “Apa khabar ko wan? Sudah ada calon ka? Bila mau makan nasi minyak?”. Dalam hati ku manjawab "makan nasi minyak? Mai mari uia, wan belanja makan nasi minyak econs” hahaha…
Dialog bila kol rumah : “InsyaAllah kak ema, t bila dapat calon aku bagi tau juga” Jelasku dengan yakin dan selamba.
Dialog bersama kawan-kawan di facebook : “Sapa-sapa yang mau kahwin tu, sudah ambil kursus kahwin ka?” Tanya seorang sahabat di gerakan bawah tanah budak konven batch paling nakal (FB) hahaha…
Dialog di cafĂ© econs: “Bestnya kalau ada hubby, kalau stress-stress belajar,ada tempat nak mengadu” Gurau teman sekelas sambil menyedut teh ais menggunakan straw di cafe econ.
Lihat..Di mana-mana sekalipun aku berada,tak kira hari apa, mesti soal jodoh sering di utarakan. Jujur, aku jarang sekali memikirkan tentang jodoh ni sebab ianya belum menjadi keutamaan. InsyaAllah sampai masanya akan ku fikirkan juga. Gembira melayan karenah kawan-kawan yang makin MATANG!!! (^_^)
*Layan cerita jodoh Carl dengan Ellie(movie UP),tanpa perlu Dialog Jodoh*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
dari adik bilik mu yang manja :jom la kawen...
ReplyDeleteheheh..
hahahaha carikan calon tuk kak ira ye = )
ReplyDelete